Sunday, 3 June 2012

Allah Redhailah aku



Ahlan Wasahlan...Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang disayangi.Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam lindungan kasih sayang daripadaNya.
Lahirnya blog ini adalah disebabkan minat untuk menulis adalah hobi yang tidak dapat dipisahkan lagi dengan diri ini.
ARa...nama yang lahir dan tersurat merupakan sentuhan yang tercipta bagi sy iaitu A = ALLAH, R = REDHAILAH, a = aku. Maka  tersiratlah ia sebagai Allah Redhailah aku
Nun jauh di sudut hati kecil sy mendoakan agar Allah swt meredhai sy. Semoga apa yang sy lakukan adalah dengan izinNya.
Detik dan masa yang pantas berlalu lantas mengingatkan sy hadis Rasullullah saw yang bermaksud " Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, akan baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, akan rosak pula seluruh jasad. Itulah hati atau kalbu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bertolak dari penelitian ini kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah swt menyediakan dua potensi pada hati iaitu "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan
ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya
rugilah orang yang mengotorinya". (Surah Asy-Syam : 8-10).
Hati adalah sumber keberanian, semangat dan komitmen. Ia sumber tenaga yang menuntun kita melaksanakan berbagai bentuk tindakan samada baik maupun buruk. Wahai hamba-hamba Allah yang beriman dan saling berkasih- sayang serta saling ingat-memperingati kepada kebenaran dan kesabaran seperti mana dalam surah Al-Asr yang
bermaksud "Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling
menasihati unuk kesabaran".
Semoga kita diberi kekuatan dalam menjaga hati dan mendapat keberkatan juga redha Ilahi..Ameen Ya Rabbal Alameen.